25 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit, Rambut dan Badan
Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna
banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting
untuk tumbesaran dan baiki sel.
Jom semak
25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:
1. Imunisasi / Daya Tahan Badan
Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari
jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam
merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.
Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk
bina kolagen,
struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan
boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari
dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.
2. Demam Biasa
Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai
anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga
mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.
3. Anti-oksida
Vitamin C adalah
anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi
kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti
atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.
4. Tekanan Darah Tinggi
Vitamin C boleh
merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan
kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah
kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.
5. Saluran Darah
Vitamin C memastikan
saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.
6. Keracunan plumbum.
Vitamin C membantu mengurangkan
kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan
masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami
kegagalan buah pinggang dan
tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.
7. Untuk Kurus
Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk
kurus dan
mengekalkan berat yg ideal.
Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi
Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan
makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh
mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh
merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai
bahan bakar untuk kurangkan berat badan.
8. Tekanan
Vitamin C membantu badan mengatasi
tekanan dengan
mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.
9. Katarak
Pupil mata kita memerlukan
Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan
katarak, di mana kanta mata menjadi
lebih legap, menyebabkan penglihatan
kabur dan boleh jadi
buta dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh
menghalang katarak dan
meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.
10. Barah
Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh
melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya
mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan
fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan
risiko terkena semua jenis barah
termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus.
Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu
antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel
barah sedia ada, tapi
meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.
11. Tenaga.
Vitamin C
mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu
penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi
adrenal dalam
meningkatkan tenaga dalam badan.
12. Sakit Jantung
Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan
menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan
kolestrol teroksida, kolestrol
boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga
boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling
murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.
13. Diabetes
Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana
Vitamin C mengawal paras gula
dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada.
Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan
mengawal komplikasi diabetes.
14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai
risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh
mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.
15. Perlindungan dari matahari
Vitamin C
melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil
kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok.
Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari
radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.
Vitamin C mengurangkan
kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan
barah kulit untuk jangka masa panjang.
16. Penghasilan Kolagen
Kolagen adalah komponen
hydroxyproline dan
hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat
molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi
gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen
melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.
17. Penyembuhan Luka
Badan menggunakan Vitamin C untuk
menggantikan tisu yang rosak sekaligus
menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan
keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.
18. Melindungi dari perubahan warna kulit
Vitamin C
melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang
menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit.
Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca
utama
penghasilan melanoma(masalah kulit).
Vitamin C juga
mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.
19. Memperbaiki tekstur kulit.
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C
membantu sistem aliran darah. Saluran
darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang
menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi
kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C
memperbaiki rupa dan tekstur kulit.
Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel
mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.
Bacaan Lanjut:
Vitamin Untuk Kulit Cantik
Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.
20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama
pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering
dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut
Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan
makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut
dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu
pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut
mengurangkan pembentukan radikal bebas
dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup
dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.
Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai
rambut yang sihat, kuat dan lebat.
21. Melawan Kelemumur
Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang
mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan
menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C
membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia
membuang kelemumur
dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan
kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri
anti-viral.
22. Mengurangkan Keguguran Rambut.
Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk
mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.
23. Rambut yang lebat
Vitamin C membantu
meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan
rambut yang kuat dan lebat.
24. Melawan Masalah Rambut
Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah
rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh
mengelakkan
alopecia dan
masalah botak bagi lelaki.
25. Mengelak dari Uban
Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk
mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.
Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana
diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan
mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6
jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam
aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut
air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya
sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.